Spirulina Semasa Berpuasa
Spirulina Semasa Berpuasa
Sumber: Utusan Online - Kesihatan ARKIB : 07/08/2011
Soalan: Buat masa sekarang saya mengambil kalsium dan vitamin C setiap hari. Namun sempena puasa saya ingin amalkan spirulina semasa bersahur. Saya juga ingin berikan spirulina kepada semua termasuk anak-anak memandangkan ia dikatakan baik untuk tenaga dan juga manfaat untuk kesihatan tubuh yang lain.
Jawapan: Semasa kita berpuasa kita masih perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sekiranya kita seorang pekerja, kita perlu kekalkan kecergasan fizikal untuk membolehkan kita melakukan aktiviti fizikal mahupun pergerakan biasa, selain perlukan tahap kewaspadaan dan kemampuan berfikir yang optimum untuk meneruskan kerja-kerja harian.
Bagi anak-anak yang berpuasa, kebanyakan daripada mereka berada di bangku sekolah atau sedang belajar, di mana kecerdasan mental dan fizikal sangat penting untuk membolehkan mereka menumpukan kepada pelajaran di dalam kelas mahupun aktiviti luar darjah. Oleh yang demikian, mengekalkan pengambilan makanan yang sihat dan mencukupi sangat penting untuk semua golongan untuk meneruskan aktiviti masing-masing.
Pengambilan spirulina telah memberi manfaat kepada berjuta orang sejak berabad lamanya. Apabila merujuk sejarahnya, spirulina yang tergolong dalam katogeri alga hijau kebiruan ini menyimpan kekayaan zat yang sukar ditandingi oleh makanan semula jadi lain yang membolehkannya kekal mendapat gelaran 'super food'. Spirulina merupakan sumber protein yang unggul, beta karoten, vitamin B, mineral, klorofil dan enzim. Ia turut mengandungi asid gama linolenik (GLA) serta merupakan antara sumber zat besi semula jadi terbaik bersama dengan mineral-mineral penting lain seperti kalsiu, magnesium dan zink.
Mereka yang berpuasa tentunya boleh memperolehi manfaat dengan pengambilan spirulina. Apabila berpuasa, terutamanya bagi mereka yang tidak mengamalkan pengambilan seimbang, kekurangan pengambilan makanan boleh menyebabkan daya konsentrasi yang lemah serta kekurangan sesetengah zat. Spirulina boleh diambil semasa bersahur boleh membantu mereka yang berpuasa lebih tenaga sepanjang hari untuk mengekalkan ketahanan dan prestasi waktu siang hari.
Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti tahap kolesterol yang tinggi serta berlebihan berat badan, bulan puasa merupakan kesempatan yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja demi membaiki masalah kesihatan. spirulina turut disarankan pengambilannya di kalangan mereka yang ingin mengawal berat badan. Kekurangan pengambilan makanan boleh menyumbang kepada keletihan mental dan fizikal. Dengan itu, pengambilan bukan sahaja boleh membantu menampung kekurangan nutrien tertentu yang penting kesejahteraan tubuh, tanpa kolesterol, tetapi dalam masa yang sama membantu mempertingkatkan proses detoksifikasi tubuh.
Pengambilan Spirulina tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, malah tidak terkecuali untuk:
* Warga Tua
Kebanyakan daripada mereka tidak dapat menyerap dan mengguna sepenuhnya nutrien penting dalam makanan harian. Spirulina dengan sel dinding yang lembut, lebih mudah dicerna, diserap dan diguna oleh badan.
* Individu yang sibuk bekerja/golongan pekerja
Golongan ini biasanya kurang mendapat hidangan makanan seimbang dan berkhasiat sama ada akibat kesibukan masa.
* Kanak-kanak
Spirulina kaya dengan sumber protein, sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
* Mereka yang sedang pulih daripada kecederaan
Spirulina membantu memperbaiki sel dan mempercepat proses pemulihan.
* Golongan atlet/aktif secara fizikal
Spirulina membantu membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal.
Memilih spirulina yang dihasil dalam bentuk kapsul juga ada kelebihan tersendiri. Serbuk spirulina dalam kapsul boleh dicampurkan ke dalam jus buah-buahan segar atau ke dalam hidangan snek keluarga seperti sandwich, kraker yang diubah suai mahupun hidangan masakan yang lain. Manakala memilih spirulina yang diiktiraf organik pula turut memberi kelebihan, di mana ia diproses secara minimum dan tidak menggunakan baja kimia berbahaya.
Untuk lebih mudah, dapatkan Kopi SpyHRu. Minuman penjana tenaga gabungan kopi terpilih, spirulina organik, krimer bukan tenusu, koko dan tepung susu kambing.
0 comments:
Post a Comment